Monday, 31 October 2011
SENARAI MEREKA YANG TERBUKA MATA DAN MINDA
Reformis
1. Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar,
2. Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor,
3. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Zainur Zakaria
5. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan.
6. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
7. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
8. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
9. Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam
10. Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip
11. Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.
12. Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
13. Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
14. Setiausaha PKR bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
15. Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
16. Bekas naib presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
17. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,
18. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Christina Liew
19. Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
20. Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
21. Bekas calon PKR teluk kemang/ antara pengasas PKR Abdul Manap Shahardin
22. Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat
Kerusi Parlimen
1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
3. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri
4. Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin
Kerusi DUN
1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
6. ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam
7. ADUN Bakar Arang di Kedah, Tan Wei Shu
Eksklusif - Ketua Dewan Ulama Pas, Perlis Didakwa Mendera Isterinya. 10 Tahun Khawin Isteri Hanya Diberi Nafkah RM300 Dan Pernah Dipukul...
Seorang ustazah yang merupakan Isteri orang kenamaan PAS mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga. Apa dah jadi dengan Orang-orang PAS ni.. Cakap mengenai ISLAM cukup gah.. tetapi perangai macam orang yang tidak ada akal!!!
Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam. Menurut Siti Rosmala lagi, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini.
Tidak cukup dengan itu Abdul Rashid juga dituduh mendera Isterinya juga.Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil.
"Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran," katanya.
Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenai nafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupa menunaikannya.
"Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang," katanya.
Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 24 Ogos sambung bicara. Siti Rosmala, ustazah di Sekolah Menengah Tunku Bendahara di Kodiang, memfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar bagi menuntut perceraian daripada suaminya selepas mengakui tidak tahan lagi dipukul dan didera.
Friday, 28 October 2011
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.
Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.
Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.
Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam itu.
Provokasi terbaru ini difahamkan wujud akibat kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini
Anwar Ibrahim kini berada di London untuk menghadiri mesyuarat dengan salah orang rakan baik dan mentornya,Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat.
“London: perbincangan sehari dgn Al Gore, Mitch Kapor, Jonathan Nash – mengenai pembangunan mampan dan beretika,pendidikan bermutu”, kata Anwar dalam twitternya 11 jam yang lalu.
menurut sumber yang saya dapat,AIDC News Al Gore melalui partinya,Demokrat terpaksa berundur dari politik setelah tewas kepada parti Republikan pimpinan George W. Bush pada tahun 2000.Walaupun beliau pernah dicalonkan untuk jawatan Presiden dalam pemilihan jawatan itu pada tahun 2004, namun beliau mengumumkan untuk menarik diri dan dalam masa sama membuka sebuah syarikat di London.Al Gore merupakan pengkritik utama polisi-polisi Presiden Bush termasuklah dalam soal hak sama rata perkahwinan sesama jenis (same-sex marriage).Dalam program televisyen internet miliknya,Current TV, Al Gore mengkritik polisi Bush yang menentang perkahwinan sesama jenis itu.
PERSIDANGAN Agung Tahunan Kali Ke 2 PERKASA Malaysia yang berjalan dengan jayanya dan dirasmikan oleh mantan Ketua Polis Negara,Tan Sri Rahim Noor serta dihadiri oleh 7,000 perwakilan dari seluruh negara semakin memperlihatkan dengan jelas hala tuju pertubuhan bukan kerajaan untuk menjadi pemangkin perpaduan seperti yang telah digarapkan dengan tuntas melalui ucapan Presidennya,Dato Ibrahim Ali.
Suara-suara pembahas yang mewakili setiap negeri berjaya menterjemahkan isi perjuangan PERKASA malah ucapan perasmian Rahim Noor juga banyak membuka mata perwakilan dan pemerhati untuk sentiasa berwaspada dengan segala bentuk ancaman asing yang sedang membubuh racun dalam kehidupan masyarakat di negara ini.
Ibrahim Ali juga berulang kali menegaskan bahawa PERKASA bukan sebuah pertubuhan rasis yang mahu menggugat ekamanan negara tapi perjuangan PERKASA adalah jelas untuk mempertahankan Perlembagaan Negara,kedudukan Raja-Raja Melayu serta agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
Berikut adalah sedutan pengisian perjuangan PERKASA yang diterjemahkan melalui Persidangan Agung kali Ke 2 itu :
PERKASA tiada niat saingi UMNO.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan kekal sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan tidak berhasrat menyaingi atau mengatasi peranan UMNO sebagai tonggak pemerintahan negara ini.
Presidennya, Ibrahim Ali berkata Perkasa tidak akan menukarkan statusnya kepada parti politik, sebaliknya akan berperanan sebagai benteng pertahanan negara daripada ancaman musuh yang cuba menggugat Perlembagaan Persekutuan, keharmonian agama, perpaduan rakyat, kesejahteraan ekonomi, ketenteraman awam dan keselamatan negara.
"Perkasa ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan yang menunjangi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.Justeru,Perkasa tidak boleh dilihat sebagai sebuah pertubuhan rasis, organisasi Melayu ultra atau persatuan perkauman apabila ia hanya bertindak melindungi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera semata-mata," katanya.
Mengenai pilihan raya umum akan datang, Ibrahim berkata Perkasa sudah bersedia dengan jenteranya bagi membantu calon-calon yang mendukung sama prinsip perjuangan PERKASA.
"Di setiap Dewan Undangan (Negeri) terdapat tidak kurang 500 anggota Perkasa manakala dalam setiap kawasan Parlimen pula, anggota Perkasa mencecah 6,000 orang dan mereka ini mampu menentukan landskap politik negara pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya, Ibrahim menggesa kerajaan terutama Jabatan Perkhidmatan Awam mengkaji semula bantuan pelajaran kepada penuntut yang melanjutkan pengajian di luar negara.
Beliau berkata ini disebabkan kos menghantar seorang penuntut ke luar negara mencecah RM1.2 juta, sedangkan jumlah itu membolehkan tiga yang lain belajar di Institusi Pengajian Tinggi dalam negara.
"Lebih teruk lagi, jika pelajar terbabit enggan berkhidmat di dalam negara selepas mereka tamat pelajaran, dan ini hanya akan merugikan kerajaan," katanya.
Ibrahim juga meminta kerajaan menambah peruntukan kepada sekolah agama rakyat yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran kerana jumlah dalam Belanjawan 2012 hanya RM100 juta dan ia tidak mencukupi.
Rahim Nor- awasi gerakan yang berselindung di sebalik hak asasi
Bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor hari ini memberi amaran berhubung kebangkitan gelombang hak asasi manusia yang dibimbanginya akan "merombak dan menghakis dasar yang dipersetujui bersama."
Katanya, penyokong kepada "agama baru human right" ini akan mengemukakan pandangan yang liberal sehingga mempersoalkan institusi raja.
"Banyak yang persoal hal-hal yang telah diterima, kontrak sosial ini, seolah-olah dia pandang remeh soal yang dipersetujui itu," tambahnya.
Katanya, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi gelombang ini, seperti juga pengalamannya ketika berdepan dengan gelombang Marxist dan komunisme sebelum ini.
Satu contoh yang dapat dilihat dalam kebangkitan gelombang hak asasi manusia ini ialah gerakan BERSIH yang mengadakan perhimpunan kedua pada 9 Julai lalu, dakwa Rahim.
Beliau yang juga bekas Pengarah Cawangan Khas PDRM juga berkata, satu-satunya cara untuk menghadapi perkembangan itu adalah dengan memainkan peranan untuk kesepaduan dan perpaduan Melayu.
"Saya bukan bercakap kerana mewakili Umno atau PERKASA.Pada saya, bersatulah. Inilah yang jadi teras keamanan," katanya lagi dalam ucapannya ketika merasmikan perhimpunan agung PERKASA di Setiawangsa hari ini.
9 Julai- bukan sebab takut!
Ibrahim Ali hari ini menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik.Katanya, beliau tidak seharusnya mendedahkan kesemua perkara tersebut dalam situasi "perang" pada waktu itu.
"Ada yang boleh beritahu ada yag tidak boleh beritahu. Takkan saya nak cerita semua. Strategi perang takkan saya nak cerita semua," katanya dalam ucapan penggulungannya di persidangan agung PERKASA.Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh perwakilan Wilayah Persekutuan.
"Kita buat laporan polis sebagai senjata perang saraf. Kalau (BERSIH) nak buat (perhimpunan), kita buat (perhimpunan juga).Sebab itu mereka tak dapat permit, kita pun tak ada permit," katanya mengulas isu yang dibangkitkan perwakilan Wilayah Persekutuan itu.
Tidak pelik………Itulah perkataan awal yang keluar daripada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Musa Sheikh Fadzir berhubung keengganan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang menjelaskan pendirian mengenai beberapa isu termasuk pelaksanaan hukum hudud pada sidang DUN baru-baru ini.
Ini kerana katanya bukankah terdapat persetujuan bersama di dalam satu mesyuarat sulit pembangkang sebelum ini yang dikatakan berakhir dengan “DAP dan Pas bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang Hudud dan Hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang”.
Atas dasar itulah ujar beliau lagi pihaknya tidak terkejut dengan setiap soalan lisan yang dikemukakan wakil rakyat BN berhubung beberapa isu termasuk hukum hudud ditolak Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Abdul Halim Hussain.
“Itu juga kita boleh gambarkan ianya adalah pendirian sebenar DAP dalam Hukum Hudud….Kalau mereka setuju dengan apa yang ingin dilaksanakan oleh Pas, maka sudah pasti Ketua Menteri, Lim Guan Eng atau Exco agama yang terlibat akan menjawab dengan penuh konsisten.
“Bukannya susah……jawab ya atau tidak sahaja, namun oleh kerana itu adalah pendirian mereka maka, mereka gunakan jalan berlapik dan berbengkang bengkok dalam usaha mengelirukan penyokong Pas terutama penyokong totok yang kononnya gembira DAP sudah boleh menerima dakwah Pas.
“Seingat sayalah…bukankah dulu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat gembira kononnya DAP boleh menerima apa yang dibawa oleh Pas tetapi melihatkan apa yang berlaku di sidang DUN semalam, jelas Pas menjadi bahan mainan kepada sekutu mereka itu,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Anggota pembangkang baru-baru ini membidas kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang kerana tidak berani menjelaskan pendirian mengenai beberapa isu termasuk pelaksanaan hukum hudud.
Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan Shabudin Yahaya daripada Barisan Nasional berkata setiap soalan lisan yang dikemukakan wakil rakyat BN berhubung beberapa isu termasuk hukum hudud ditolak Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Abdul Halim Hussain.
Sebelum ini juga, Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan penjelasan lebih lanjut berhubung persetujuan bersama antara parti itu dengan DAP berhubung hukum hudud di dalam satu mesyuarat sulit baru-baru ini.
Katanya keputusan mesyuarat itu yang dikatakan berakhir dengan “DAP dan Pas bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang Hudud dan Hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang” memerlukan penjelasan lebih lanjut daripada kepimpinan parti berkenaan.
Musa seterusnya menegaskan, DAP selama-lamanya akan konsisten dengan pendirian mereka berhubung isu berkenaan, namun gerak lentok badan dan gaya bahasa sahaja yang berlentok akan digunapakai dalam usaha mengelirukan umat Islam khususnya penyokong totok Pas.
“Percayalah…mereka selama-lamanya akan berpegang kepada pendirian mereka itu dan hanya Pas yang akan bergerak seumpama lalang demi mencapai cita-cita politik untuk merasai Putarajaya walaupun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan yang diagungkan sejak berpuluh tahun dahulu.
“Jika Pas konsisten, kenapakah mereka hari ini telah bertukar kepada Negara Berkebajikan dan tidak berani membuka mulut pada sidang DUN Semalam…Paling kurang pun berilah sedikit penjelasan untuk orang ramai tahu pendirian mereka dalam soal berkenaan,” katanya. -MediaUMNO
Urutan gadis genit SS14 terbengkalai bila kantoi,kelam-kelibut nak pakai baju.
Seorang lelaki yang hanya menutupi alat sulitnya dengan tuala ketika menikmati urutan gadis genit di sebuah premis di SS14, dekat sini kelam-kabut mengenakan pakaian sebaik menyedari premis terbabit diserbu pihak berkuasa lewat petang kelmarin.
Dia sebelum itu dipercayai mendapatkan khidmat urutan batin ditawarkan pengusaha rumah urut terbabit dengan bayaran antara RM50 hingga RM100 mengikut pakej diambil.
Bagaimanapun, tempoh kenikmatan diurut gadis berusia lingkungan 20-an itu tidak lama apabila dia bersama tukang urut berkenaan dicekup anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Dalam serbuan diketuai Pegawai Penguat kuasa MPSJ, Mazrul Zahar Mohd bersama 19 orang anggota MPSJ dan 11 anggota Jais itu, empat lagi tukang urut wanita termasuk pemilik premis beragama Islam ditahan.
Jurucakap Jabatan Penguatkuasaan MPSJ berkata, pihaknya menerima aduan berhubung aktiviti tidak bermoral yang dijalankan di premis berkenaan sebelum ini. Hasil siasatan ke atas premis mendapati terdapat empat pekerja wanita beragama Islam bekerja sebagai tukang urut.
“Pemeriksaan mendapati premis tersebut mempunyai lesen yang sah daripada MPSJ, tetapi pengusaha melanggar syarat-syarat lesen pusat kecantikan dan kesihatan yang dikeluarkan majlis dengan menawarkan khidmat urutan batin kepada pelanggan.
“Pengusaha premis dikenakan tindakan di bawah Undang-undang Kecil 13(k) Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Kesihatan MPSJ 2007 kerana melanggar syarat-syarat lesen dengan menjalankan perniagaan tidak mengikut sekatan lesen yang dikeluarkan MPSJ,” katanya pemilik berdepan tindakan denda maksimum sebanyak RM 1,000.
Beliau berkata, tindakan sitaan dan penutupan premis dikenakan ke atas premis tersebut. Manakala kesemua tukang urut wanita yang bekerja di premis diserahkan kepada Jais dan bakal dikenakan tindakan di bawah seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana cubaan berkhalwat.
“Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM3,000 setiap seorang,” katanya.

"Pakcik berasa amat sedih sekali bila lihat tindakan pelajar dalam video demo terbabit ... cukup memalukan sebagai sebuah Universiti Islam tapi pelajar-pelajarnya telah membawa budaya Kristian dengan menyalakan lilin ketika berdemo seperti upacara candlelight vigil.
Nasi sudah jadi bubur ... nama je Universiti Islam di Malaysia, terpalit najis gara-gara perbuatan budak-budak yang cukup cerdik SMM yang diketuai penjilat tapak kaki Anwar iaitu Syukri Abd Razab . Walhal Syukri bukan pelajar UIA pun tetapi beliau lah menjadi perancang utama menghasut beberapa kerat pelajar di situ sertai gerakannya .
Apa pandangan orang luar atau ibubapa bila lihat pelajar2 SMM ini memegang lilin seperti upacara kristian candlelight vigil di UIA ini ?
Sudah tentunya mereka akan fikir panjang mahu menghantar anak mereka ke universiti ini kerana takut terjebak dengan perbuatan yang dilarang dalam Islam .Lebih buruk lagi mereka tentu bimbang anak mereka akan terpangaruh dan sertai demontrasi anjuran SMM ini .
Tuesday, 25 October 2011
1. Sama ada suka atau tidak, Profesor Aziz Bari dianggap tokoh akademik dalam bidang perundangan yang mempunyai kekuatan dan aura intelektual tersendiri.
2. Kita boleh bersetuju dan juga boleh tidak bersetuju dengan pandangannya. Bidang undang-undang hampir merupakan sesuatu yang begitu subjektif. Jarang sekali kita mempunyai peguam dan intelektual undang-undang yang sependapat dalam sesuatu hal undang-undang, mahu pun tafsiran perlembagaan.
3. Dalam bidang undang-undang para peguam sentiasa sahaja mempunyai hujah yang logik berlandaskan fakta perundangan dan hujahan terdahulu walau di pihak mana mereka berada. Dalam konteks ini juga, Prof Aziz Bari telah pun memilih pihak yang beliau mahu sokong. Jadi apa sahaja pandangan, kenyataan dan hujahan perundangan beliau merupakan hujahan seorang ahli akademik undang-undang yang telah membuat keputusan untuk berpihak kepada kumpulan tertentu.
4. Justeru walaupun sejak dahulu Prof Aziz Bari cenderung ke arah pihak yang satu lagi beliau pernah dijemput menyampaikan pandangan dan buah fikiran dalam majlis membabitkan kerajaan negeri Selangor semasa Barisan Nasional dahulu. Tidak salah mendengar pandangan yang berbeza.
Kecelaruan Pentadbiran UIA
5. Namun minggu lalu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengumumkan penggantungan Prof Aziz Bari tujuh hari bagi membolehkan satu siasatan dalaman dilakukan kerana beliau dituduh mengkritik kenyataan DYMM Tuanku Sultan Selangor secara tidak wajar.
6. Penggantungan ini tiada kena mengena dengan Barisan Nasional mahu pun UMNO. Ini kerana telah bertahun lamanya beliau mengkritik kerajaan dan kelihatan menyokong kumpulan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bukan sehari dua Prof Aziz Bari "membelasah" kerajaan namun tiada sebarang tindakan disiplin dikenakan kepada beliau

SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) mengatakan Datuk Seri Najib Sebagai pengecut atau penakut kerana tidak hadir ke UIA malam ini. Tindakkan SMM terlampau kurang ajar dan tidak beradap, mereka merupakan sekumpulan mahasiswa dan sepatutnya mereka tidak perlu berkata sedemikian terhadap seorang yg merupakan pemimpin utama kita, PM yang kita hormati, mereka perlu sedar dengan tindakkan yg mereka lakukan,kerajaan telah banyak membantu!
Ini merupakan satu provokasi terbaru anak didik puak2 penjilat tapak kaki Pembangkang dlm
menunjukkan kononnya berlakunya penentangan secara menyeluruh terhadap kepimpinan PM. Kenapa mesti berdemo? Jika tujuannya kerana hendak memberi memorandum, bukankah boleh diberikan dgn cara yg lebih tertib tanpa berlakunya sebarang kekecohan. Dasar tak tau diuntung. Belajar Pengajian Islam pulak tu. Bikin malu negara je..
Monday, 24 October 2011
Isu raba tetek anak Lim Guan Eng hot dan meletup!
Ya, gambar remaja perempuan yang dikeluarkan itu memang gambar remaja dari Britain yang bermain catur. Gambar tersebut diambil bagi menarik perhatian Guang ENg serta pemimpin DAP. Dan akhirnya telah berhasil sama sekali dalam mendapatkan perhatian Guang Eng.
Bila tersebarnya gambar remaja perempuan itu maka Guang Eng telah dinasihatkan oleh beberapa anjing Bodoh yang tidak mengetahui istilah perang Saraf dan meminta Guang Eng menafikan gambar remaja tersebut yang konon kononya cuba meraih simpati rakyat dengan menyatakan Blogger Blogger menfitnah dengan mengeluarkan gambar remaja yang bukan dicabul.

SEPANG: Penunggang Honda, Marco Simoncelli disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi.
Sebelum itu, perlumbaan kategori berkenaan dibatalkan berikutan kemalangan yang menimpa pelumba Itali berkenaan yang terjatuh dan dilanggar Colin Edwards dan Valentino Rossi pada pusingan kedua perlumbaan terbabit.
Topi keledar Simoncelli tercabut ketika kemalangan di selekoh 11 apabila beliau tergelincir dengan motosikalnya melintang di atas litar dan ketika itu menjadi laluan Edwards dan Rossi.
HIMPUN: PAS tersepit dengan keputusan sendiri!
Kita akan lihat nanti. PAS akan tersepit. Penganjur Himpun bercadang akan meneruskan perhimpunan ini di negeri-negeri lain. Jika Himpun ini berlaku dan diteruskan, kita nak lihat PAS. Kita salute PAS jika dia bertegas dan tetap dengan pendirian tidak menyokong Himpun. Kata Presiden PAS, TG Haji Hadi Awang walaupun tujuan Himpun itu baik tapi bukan caranya (perhimpunan satu juta umat) itu untuk menyelamatkan aqidah umat Islam. Apakah PAS sanggup keseorangan dalam ribuan NGOs dan jutaan umat Islam menyokong Himpun? Beberapa NGOs Melayu/Islam telah menyertai
Himpun dan menyatakan komitmen masing-masing dalam ucapan mereka petang kelmarin. Ada di antara pemimpin NGOs Melayu/Islam itu merupakan orang kuat PAS dan juga PKR.
Himpun yang pertama di Stadium Utama Shah Alam kelmarin, tidak mencapai satu juta umat. Itu merupakan satu simbolik. Kehadiran kira-kira 10,000 orang sudah memadai kerana majoriti yang hadir mereka daripada NGOs yang atas pagar. Majoriti yang hadir golongan muda. Pengacara semalam menafikan bahawa perhimpunan ini didalangi oleh pertubuhanan politik. Ada di kalangan pemidato-pemidato semalam secara tegas mahukan umat Melayu/Islam kembali bersatu. Inilah (Himpun) sebagai tititk permulaan umat Melayu/Islam bersatu atas nama agama Islam. Jika umat Islam bersatu kata depa, orang Islam akan jadi kuat. Bila umat Islam kuat di Malaysia ini, orang lain bukan Islam akan menghormati hak orang Islam di Malaysia ini. Orang bukan Islam tidak lagi berani mempertikaikan hak keistimewaan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, depa tidak lagi berani mempertikaikan hak ketuanan Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan depa juga tidak berani mencabar hak keistimewaan Raja-raja Melayu.
Walaupun perhimpunan semalam terlalu banyak diselang seli dengan laungan 'Takbir' seperti mana kita dengar di ceramah-ceramah PAS, kita tak kisah sebab laungan takbir sesuatu yang tidak asing lagi kepada kita selaku umat Islam. Cuma rasa sedikit kekok seperti kita berada dalam ceramah PAS. Aku pun ikut bertakbir 'Allahu Akbar' bila pengacara melaungkan 'takbir' beberapa kali. Aku berani kata pengacara dan beberapa pemidato semalam sudah tentu ahli PAS atau di kalangan penceramah-penceramah PAS. Mungkin pemidato-pemidato ini tidak berada dalam kepimpinan politik PAS, maka depa berpeluang berucap.
Jika TG Haji Hadi Awang atau TG Naik Ajis datang semalam, tentu depa akan kata "nasib baik aku date, jika tidak mampuh aku kene denge ore kite". Tapi Himpun I sudah selesai. PAS Pusat menolak penyertaan secara rasmi. UMNO tetap memberi sokongan kerana perhimpunan itu bukan perhimpunan haram, bukan perarakan jalanan seperti Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 yang mengganggu gugat ketenteraman awam. UMNO tetap tegas dan konsisten dalam menyatakan pendirian sejak dahulu dalam mempertahankan aqidah umat Islam. UMNO tetap mengistiharkan Malaysia sebagai negara Islam biarpun PAS dan DAP tidak menerima Malaysia sebuah negara Islam. UMNO tetap menyokong JAIS dan tindakan Dato Hassan Ali dalam isu gereja di Selangor. Dan banyak lagi UMNO telah lakukan untuk memelihara kepentingan umat Islam dan rakyat bukan Islam di Malaysia ini. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir memberi sokongan dalam perhimpunan HIMPUN di Stadium Utama Shah Alam. Kita jumpa lagi dalam perjumpaan Himpun seterusnya.

Blog Archive
- 2013 (30)
- 2012 (142)
-
2011
(50)
- December(18)
- November(14)
-
October(18)
- SENARAI MEREKA YANG DAH TERBUKA MATA DAN MINDA, YA...
- KETUA DEWAN ULAMA PAS DIDAKWA MENDERA ISTERINYA..!...
- Penjaga gol kebangsaan "Lupa Diri"
- Peminat khinzir sudah GODAM Web Persatuan Bolasepa...
- BONGKAR !!! ANWAR IBRAHIM JUMPA AL GORE DI LONDON ...
- PERKASA tidak rasis,tolak calon hina Melayu islam
- Kerajaan DAP P.Pinang takut nak jawab isu hudud, b...
- Rumah urut Subang Jaya diberi lesen kerajaan Pakat...
- BETUL KE MB KEDAH KANTOI KHALWAT??
- BUDAYA KRISTIAN dalam Universiti Islam , tapi apa ...
- AZIZ BARUA !!! D SELAMATKAN DAP ATAU UIA ??
- Portal Pakatan Haram Memutar Belitkan Fakta Kenapa...
- Dad Gave RM200 Thousand To Settle With The Family ...
- Siapa Bertanggungjawab KRISTIANKAN Melayu Di Selan...
- SEPANG CIPTA SEJARAH MotoGP!
- HIMPUN: PAS tersepit dengan keputusan sendiri!Kit...
- Malaysiakini Fail Saman Fitnah Ke Atas Senator Eza...
- MAYAT GADDAFI DIBOGELKAN DIKHALAYAK RAMAI
Popular Posts
-
Semua orang tahu mengenai kebanjiran rumah urut yang berselindung di bawah pusat-pusat refleksologi dan hotel-hotel murah selepas pem...
-
woOO mampuss laaa macam ni.sapa la mak bapak dia ni... Kalau ye pun lepas projek balik rumah laaa, Lagi tengok di sini
-
Adakah foto di bawah ini pemimpin pembangkang yang sedang berseronok dengan sekumpulan GRO ??? Menurut sumber foto-foto ini di rakam di s...
-
Ustaz Azhar-apa buat dalam tandas wanita di Masjid Jambu Bongkok? Aper cerr?? NAMA Azhar Idrus tiba-tiba menjadi sebutan dan beliau se...
-
Perkara ini berlaku di dalam satu wacana Mengembalikan PAS ke landasan Asal yang berlangsung baru baru ini di Kuala Lumpur. Pe...
About Me
Rakan Blogger
-
-
-
Malaysia Perlukan FARA Bendung Kemasukan Dana Asing28 minutes ago
-
Ahli Parlimen Bodoh Mengecewakan Rakyat Perak36 minutes ago
-
PR Kemuka Datuk KJ Calon Timbalan Speaker42 minutes ago
-
-
-
Jerebu Tak Jejaskan Penerbangan1 hour ago
-
-
-
-
UTAR AKAN DIBIKA UNTUK MELAYU???1 hour ago
-
Zahid Hamidi Memang Gentleman Bro....!1 hour ago
-
-
-
-
-
-
RBA Gangsterisme Alaf Baru3 hours ago
-
-
-
-
-
-
Raja Arif Insaf & Jilat Ludah Sendiri???8 hours ago
-
-
-
-
-
-
Cctv Jadi Bukti Mangsa Hilang20 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Nazri Aziz di Sebalik Tabir6 days ago
-
Terus Bersabar2 weeks ago
-
-
UCAPAN PENUH MAKNA TUN SAMBANTHAN..2 weeks ago
-
Catatan Ringkas Dari Prague Ke Auschwitz3 weeks ago
-
-
Air Asia Ditimpa Bala Kerana Rasis!5 weeks ago
-
-
Lets Vote!!1 month ago
-
By / +