Monday, 21 November 2011


Blogger, Facebookers, Twitters dan lain-lain Media Baru Pro BN anda diiktiraf oleh PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN BARISAN NASIONAL MALAYSIA! Ayuh teruskan perjuang Demi Agama, Bangsa dan Negara!

Sunday, 20 November 2011
Friday, 18 November 2011


Sinhchew Daily News m/ 09
14 November 2011 (Isnin)

Ancaman Pengerusi BN Pulau Pinang Tidak Kuat
Musuh Ketat Sebenar Ialah UMNO: Chow Kon Yeow


13hb Pulau Pinang, pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow bertanggapan, tidak kira siapa sahaja sama ada Teng Chang Yew ataupun Ong Thean Lye yang menjawat jawatan pengerusi BN di Pulau Pinang, ia tidak menjejaskan DAP, ia hanya akan menjejaskan kedudukan dan penyusunan DAP di negeri Pulau Pinang.

Chow berkata, yang menerajui BN ialah UMNO,  musuh ketat dan musuh lama DAP ialah UMNO.

Beliau sambil tersenyum berkata, jika Teng Chang Yeow menjawat jawatan pengerusi BN di Pulau Pinang, kawasan yang pertama yang akan terjejas dan perlu ada rombakan ialah kawasan kerusi Parlimen Tanjung dan kawasan kerusi DUN Padang Kota.

 Dikatakan sebelum PRU 2008 Teng Chang Yeow calon kerusi DUN di Padang Kota,  pada PRU 2008 beliau dilantik semula di kawasan itu tetapi dikalahkan oleh Chow Kon Yeow, dengan itu Chow Kon Yeow  telah bertahan selama 2 penggal di kerusi Parlimen Tanjung, sebab itu Chow tidak menafikan jika Teng Chang Yeow menjadi pengerusi BN di Pulau Pinang, mungkin beliau akan pilih kerusi parlimen Tanjung ataupun kerusi DUN Padang Kota.

Chow Kon Yeow  pada petang ini semasa merasmikan Kem kerja PRU DAP Pulau Pinang berkata demikian kepada pemberita, berkaitan pandangan DAP terhadap pengerusi BN di Pulau Pinang dimana Koh Tsu Koon berniat untuk lepaskan jawatan itu, dan Koh dikatakan akan serahkan parti untuk menentukan penyerahan kerusi itu.

Apabila pihak pemberita bertanya lebih lanjut sama ada Teng Chang Yeow dan Ong Thean Lye boleh mengancam DAP ataupun  tidak,  Ng Wei Aik Setiausahan DAP Pulau Pinang yang sedang mendengar soalan itu berkata, musuh yang memberi tentangan dan cabaran ialah UMNO, kerana setakat ini tiada seorang pun tahu apa strategi politik yang berada di belakang UMNO itu.

Chow Kon Yeow akui bahawa UMNO adalah pemimpin utama dalam BN, dan musuh ketat DAP yang perlu ditangani selama ini.

TQMYMASSA


Perghhh..!!! Teruk sowhai ni kena hentak! Koyak muka bebbb..!!! Aku rasa lepas ni memang meraung la Ronnie Liu tengok "adik dia" ni kena belasahhhh..!!! Tu laaaa...nak kaya cepat sangat...tipu sana sini tak tentu hala...Ronnie Liu yang aja la tuuu..!!!

Tapi aku heran jugak dengan orang-orang Melayu yang senang-senang kena tipu ni. Apa ke bodoh sangat sampai kena tipu macam tu? Dah sah-sah dah puak-puak gores & menang ni dilaporkan menipu! Yang "bijak sangat" sampai terjebak tu kenapa??? Budussss!!!
"Gambar-gambar yang bakal anda saksikan di bawah ini adalah kejadian sebenar amukan sekumpulan mangsa sindiket gores dan menang yang berlaku di sebuah syarikat seumpama itu di Kepong semalam.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pasukan Bertindak Hak Pengguna (CRTF) kebetulan sampai di tempat kejadian ketika sekumpulan lelaki yang dikatakan menjadi mangsa bersemuka dengan kakitangan syarikat itu.

Mynewshub.my tidak menutup muka mereka yang dibelasah itu agar anda juga dapat mengenali wajah kumpulan yang menipu anggota masyarakat kita.
Jarang masyarakat Malaysia bertindak seperti ini melainkan tahap kemarahan yang sudah sampai ke peringkat yang tidak mampu dikawal lagi.

Seperti yang kita semua maklum, media dan akhbar tempatan sering melaporkan berita-berita mengenai sindiket penipuan syarikat ‘gores dan menang!’ yang mempedaya orang ramai sehingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

Kebanyakan mangsa yang tertipu dengan aktiviti tersebut hanya mampu bersabar atau sekadar bertindak melaporkan kes mereka kepada pihak berkuasa.
Malangnya tidak semua kes yang dilapor berjaya diselesaikan akibat kelicikan sindiket-sindiket seumpama itu.

Namun bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Menerusi emel yang diterima Mynewshub.my petang semalam, insiden berdarah melibatkan salah satu sindiket itu dapat dirakamkan dalam bentuk gambar.

Dalam kejadian tersebut, PPIM bersama beberapa orang aktivis CRTF telah berkunjung ke premis syarikat tersebut di Kepong ekoran aduan dari pengguna yang mendakwa mereka diperdaya dan ditipu syarikat itu.

Bagaimanapun, setibanya PPIM dan CRTF di premis tersebut, mereka dikejutkan apabiladi’sambut’ dengan bunyi bising.
“Kami terkejut! wartawan yang kami bawa bersama ada yang lari meninggalkan tempat kejadian,” kata seorang aktivis PPIM, Harshnoel Murshim yang dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Memberanikan diri, beberapa aktivis PPIM dan CRTF menghampiri premis tersebut dan ‘berpeluang’ menyaksikan pergaduhan yang berlaku di antara kumpulan dipercayai keluarga mangsa penipuan sendiket berkenaan dengan sekumpulan lelaki dipercayai pekerja syarikat itu.

Bagaikan bertemu buku dengan ruas, pekerja-pekerja yang bersubahat menipu orang ramai itu dibelasah secukup-cukupnya oleh kumpulan lelaki berkenaan yang mendakwa ditipu sebanyak RM2 juta oleh sendiket berkenaan.
Menurut Harshnoel, kumpulan lelaki yang menyerang ibu pejabat syarikat tersebut dianggarkan seramai 10 hingga 15 orang manakala pekerja syarikat itu hanya sekitar lima hingga enam orang.

Selain itu, beliau turut mendengar amaran yang diberikan kepada wakil syarikat itu yang mengancam akan mengambil tindakan lebih teruk terhadap mereka sekiranya cuba menipu orang ramai lagi.

“Kau buat lagi kat orang Melayu, kami kasi mati..! Kami tak bagi chance (peluang)..,” kata lelaki tersebut kepada wakil-wakil syarikat berkenaan yang ‘separuh mati’ dipukul.
Enggan melibatkan diri dengan apa yang terjadi, PPIM dan CRTF terpaksa menunda hasrat mereka untuk berbincang dengan syarikat itu yang dikatakan telah menipu seorang pengguna sebanyak RM75,000 baru-baru ini.

Bagaimanapun, PPIM dalam kenyataan yang dihantar melalui emel berharap agar tiada lagi sesiapa yang akan terpedaya dengan kumpulan sindikit seumpamanya di negara ini pada masa akan datang.



Monday, 14 November 2011
PAS KEDAH TUKAR MADRASAH KPD SHOPPING KOMPLEKS: Tak terfikir bila kerajaan PAS Kedah sanggup menjual Madarasah Salihin Kanchut, Alor Setar, Kedah dengan harga 1.4 juta, semata-mata untuk d...
Thursday, 3 November 2011


Wednesday, 2 November 2011
Tuesday, 1 November 2011
Sangat cantik, sangat indah!

Kenapa Goyang??? hehehehehe








SEPANG 31 Okt. - Lebih 1,000 orang membanjiri Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, untuk menghantar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan ibadah haji ke tanah suci Mekah.

Najib yang akan berada di Mekah sehingga 9 November ini ditemani isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan adiknya Datuk Mohamed Nazim Tun Razak.

Rombongan Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah terlebih dahulu sebelum berangkat ke Mekah bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Beberapa menteri Kabinet turut kelihatan antaranya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamad.

Bila ANWAR NAK naik haji?



REMPIT BUKAN SEBARANG REMPIT 
REMPIT JUGA ADA MARUAH
KAMI BUKAN BERFIKIRAN SEMPIT
DIRIKAN KAMI LITAR LUMBA 

Luahan anak muda Penang yang menjadi Mat Rempit kepada kerajaan regim DAP . Bila selalu operasi dilakukan Polis ke atas geng abang Tanjung ini , nak bengang la mereka! Mampos ko Lim Guan Eng!

ANDA DIPERHATIKAN

ANDA DIPERHATIKAN

RAMPAS SELANGOR PRU 13

RAMPAS SELANGOR PRU 13

JOM BERTINDAK

JOM BERTINDAK

Walk In

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Klik Imej

MERDEKA ONLINE

MERDEKA ONLINE
MERDEKA ONLINE

KL POS

KL POS
KL POS

TABUNG WARISAN MARA

TABUNG WARISAN MARA
TABUNG WARISAN MARA

Search

Loading...

Popular Posts

Networkedblogs

Facebook

Facebook
Add Sebagai Rakan

Twitter

JOM CHAT

About Me

My Photo
Afiq KLtown
Menentang FITNAH Pakatan Jahanam.
View my complete profile

Rakan Blogger

Blogger Widgets
By / +