Tuesday, 27 November 2012




Korang nak tengok gambar lagi ?? Klik disini Jejarikami.blogspot,.com


Hari ini bermulanya Persidangan Agung UMNO 2010 Kali ke 64 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Malam ini Perasmian Bersama 3 Sayap Pemuda, Wanita dan Puteri akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Presiden UMNO Malaysia mengingatkan agar persidangan kali ini akan menjadi persidangan yang lebih bermakna. Beliau berharap agar persidangan tahun kali dapat melahirkan susun atur yang lebih efektif dan strategi yang lebih baik. Bagi menjalankan kerja dengan lebih berkesan, maka setiap kepimpinan dan ahli UMNO perlu melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan lebih strategik.

Dalam keadaan sedia ada hari ini, UMNO perlu berada pada tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Terutama pada ketika ini puak pembangkang berada dalam keadaan yang cukup lemah dan cacamarba. Pentadbiran mereka juga dilihat semakin hari, semakin bercelaru. Mereka bermula dengan Gerakan Reformasi dan kini berakhir dengan Penetrasi.

UMNO perlu tetap dengan agenda Transformasinya demi memajukan rakyat dan Negara dimasa akan datang. Jika mahu dibuktikan sumbangan dan perjuangan yang telah dilaksanakan oleh UMNO mungkin tidak termampu untuk disenaraikan. Hanya sejarah sahaja yang mampu menentukan segalanya.

Namun UMNO perlu melakukan perubahan secara inklusif. Pemimpinnya perlu turun ke padang dan merapatkan diri dengan ahli. Bukan hanya sekadar menjaga orang sekeliling sahaja jauh sekali berbalah sesama sendiri. Dalam masa yang sama perlu berlaku adil kepada semua bangsa kerana sesungguhnya berlaku adil itu menghampirkan diri kita kepada Taqwa.

Oleh yang demikian, diharap dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan ada sesuatu yang boleh diimplikasikan oleh setiap pihak dan dilaksanakan dengan lebih efisyen. Pelan kontegensi perlu dilahirkan bagi memastikan kelansungan perjuangan UMNO dapat diteruskan.

Thursday, 22 November 2012




"Allah itu Maha Besar, Maha Mengetahui, Alhamdulillah hati aku berkata, Muktamar PAS baru baru ni telah membukti kesesatan PAS yang selama ni masih rakyat tidak mengetahuinya, Aku bersyukur padamu ya Allah kerana memberikan bukti yang kukuh kepada kami rakyat Malaysia supaya menolak PAS pada PRU13 nanti. Sesungguhnya kita sesama umat islam memang tidak patut mendoakan kehancuran sesama kita seperti yang PAS doakan semasa Muktamar PAS baru baru ini, sedangkan kita saudara seagama, Jelas menunjukkan PAS sebuah parti ajaran sesat. Nauzubillah"


Kisah ini mungkin sudah selalu saudara-saudari dengar melalui ceramah dan tazkirah tapi amat baik untuk dikongsikan di sini. Ia ada berkait rapat dengan ‘dakwah bil hikmah’ yang manaNabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam berjaya membuat orang tertarik dengan Islam dengan hanya melakukan perbuatan sahaja..
Di suatu sudut pasar Madinah Al-Munawarah, terdapat seorang pengemis tua yang buta berbangsa Yahudi, setiap hari apabila ada orang yang menghampirinya, dia selalu berkata, “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, pembohong, tukang sihir, apabila kamu mendekatinya kamu akan dipengaruhinya.”
.
Setiap pagi Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam mendatanginya dengan membawa makanan dan tanpa berkata sepatah perkataan pun, Baginda Sallallahu’alaihi wasallammenyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. RasulullahSallallahu’alaihi wasallam melakukannya sehingga menjelang Baginda wafat.
Setelah kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu..
Suatu hari Abu Bakar, Radi-Allahu anhu, as-Siddiq berkunjung ke rumah anaknya AisyahRadi-Allahu anha. Beliau bertanya kepada anaknya, “Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?”
Aisyah Radi-Allahu anha menjawab pertanyaan ayahandanya, “Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja.”
“Apakah itu wahai anakku?”Tanya Abu Bakar Radi-Allahu anhu.
 “Setiap pagi Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi yang buta yang berada di sana.” Jawab Aisyah Radi-Allahu anha.
.
Keesokan harinya, Abu Bakar Radi-Allahu anhu membawakan makanan dan menemui pengemis Yahudi buta tersebut.
Pengemis Yahudi buta ini selalu menjerit-jerit dan berkata kepada orang yang mendekatinya; “Wahai saudaraku… janganlah kamu mendekati Muhammad. Jangan sampai kamu terpedaya dengan tipu dayanya. Dia itu orang gila, tukang sihir, suka menyebarkan fitnah dengan agama barunya..!!”
Kata-kata itu kerap meluncur keluar dari mulut si pengemis tanpa henti setiap hari. Perkataan buruk yang merendahkan darjat seorang nabi. Abu Bakar Radi-Allahu anhu pun kehairanan, kenapa Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam tetap memberi makan kepada orang yang menghinanya setiap hari.
.
Sesampai sahaja di hadapan pengemis itu, Abu Bakar Radi-Allahu anhu terus memberikan makanan. Ketika Abu Bakar Radi-Allahu anhu mulai menyuapinya, pengemis itu mengherdik sambil berteriak, “Siapakah engkau?”
Abu Bakar Radi-Allahu anhu menjawab, “Aku adalah orang yang setiap hari dating dan memberi kamu makan..”
Abu Bakar Radi-Allahu anhu meyakinkan bahawa beliau adalah orang yang setiap hari memberikan ia makanan. Akan tetapi pengemis Yahudi buta itu tidak percaya kerana orang yang selalu memberinya makanan jauh lebih lembut dan lebih sabar dalam menyuapinya.
“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa setiap hari memberiku makan..!”Kata si pengemis buta itu.
“Apabila dia (Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam) datang ke sini, aku tidak pernah kesusahan memegang makananku dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri,” tambah pengemis itu menyambung kata.
Abu Bakar Radi-Allahu anhu tidak dapat menahan air matanya kerana terharu mendengar akhlak dari Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam. Baginda Sallallahu’alaihi wasallamselalu datang memberi makan dan menyuapi mulut orang yang setiap hari dari kata mulut itu, hanyalah ucapan kotor dan hina yang merendahkan dan melecehkan diri Baginda. Ucapan kotor dan umpatan dibalas dengan suapan makanan dengan kasih sayang. Allahu Akhbar!
.
Dengan linangan air mata, Abu Bakar Radi-Allahu anhu menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang setiap hari memberimu makan, aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Beliau tidak akan datang lagi ke sini untuk memberimu makan.”
Mendengar hal itu, pengemis itu menangis dan berkata, “Apa salahku sehingga dia sudah tidak mahu menemuiku lagi? Sampaikan permintaan maafku sehingga dia mahu mendatangiku lagi..”
“Orang yang mulia itu telah tiada. Beliau sudah meninggalkan dunia ini dan akulah yang akan menggantikan Beliau. Aku adalah Abu Bakar sahabat Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam. Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam adalah orang yang setiap hari menyuapimu..”  Kata Abu Bakar Radi-Allahu anhu.
.
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar Radi-Allahu anhu, seketika itu juga linangan air mata pengemis Yahudi buta makin deras membasahi pipinya, dia menangis menyesal dan kemudian berkata, “Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya dan melecehkan harga dirinya, dia tidak pernah memarahiku sedikit pun, dia tetap mendatangiku setiap hari dengan membawa makanan dan dengan sabar menyuapiku, dia begitu mulia.”
 .
“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah.” Ujar pengemis buta itu lagi.


Ketika itu juga, pengemis Yahudi tua yang buta tersebut mengucapkan dua kalimat Syahadah dan memeluk Islam di hadapan Abu Bakar Radi-Allahu anhu. Keperibadian Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah SWT..
Dari cerita ini, jelas sudah betapa tingginya akhlak Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam. Baginda tidak pernah membenci orang yang mengumpatnya. Bahkan RasulullahSallallahu’alaihi wasallam tidak pernah membenci orang Yahudi atau Nasrani.
.
Dari Jabir Radi-Allahu anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallambersabda, “Di antara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya.” (Hadith Riwayat At-Tirmizi r.a.)
Apakah Dakwah oleh PAS dan sekutunya pada zaman ini seperti dakwah Rasul dan Khalifah pada zaman dahulu?? Rasanya jauh bezanya antara Langit dan Bumi....

 Jika Allah redha kepada PAS, telah lama mereka memerintah Malaysia, tetapi Allah uji dengan memerintah Kelantan...lihatlah Apa jadi Kepada Negeri Dan Rakyat Kelantan.  - Pas Beruk

Monday, 19 November 2012



Muktamar PAS yang berlangsung di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) pada 14 Nov. 2012 hingga 18 Nov. 2012 bertambah hangat dengan kehadiran belon gergasi di persimpangan Jalan Simpang 4 Pauh atau dikenali juga sebagai Simpang 4 JPJ/Panji, Jalan Hospital Kota Bharu. Kawasan ini terletak di kawasan DUN Panchor di Parlimen Pangkalan Chepa. DUN Panchor adalah kawasan Exco Kanan PAS iaitu Datuk Nik Amar Nik Abdullah. Persimpangan ini juga terletak tidak jauh dari kediaman MB Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kewujudan belon gergasi ini mulai dikesan pada 15 Nov. 2012 sehingga 17 Nov. 2012. Selepas itu belon ini sudah tidak kelihatan dipercayai disabotaj atau dipotong kumpulan penyokong tegar PAS di kawasan tersebut yang merasakan kewujudan belon gergasi tersebut mampu mengugat kekuatan dan kepercayaan rakyat Kelantan kepada PAS. Oleh kerana terlalu takut puak fanatik PAS terpaksa memotong belon tersebut.

Banner gergasi juga dipasang di belon tersebut. Berdasarkan kepada maklumat daripada orang kampung di sekitar tempat berkenaan belon ini dinaikkan sebagai manifestasi penolakan rakyat terhadap kepimpinan Nik Amar dan Nik Aziz yang kini dilihat telah lari jauh dari perjuangan asal PAS sehingga mengabaikan akidah umat Islam di negara ini.

Muktamar PAS kali ini gamat sekali dengan tindakan adik TGNA yang mendoakan agar ALLAH menghancurkan UMNO/BN ketika menjadi imam semasa sembahyang hajat sempena Hari Kebangkitan Rakyat pada 16 Nov. 2012. Selain daripada doa muktamar kali ini juga gamat dengan desakan dari Dewan Ulama yang mendesak supaya Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang diangkat menjadi PM jika PR memerintah. Suasana bertambah gamat lagi dengan kewujudan belon gergasi ini yang dinaikkan di kawasan kubu kuat PAS. Untuk mengelak daripada mendapat perhatian rakyat Kelantan penyokong PAS terpaksa mengambil tindakan drastik dengan memotong belon berkenaan.

Jika kewujudan belon gergasi ini dijadikan kayu pengukur ia jelas menunjukkan bahawa kepimpinan Nik Aziz dan Nik Amar ditolak oleh rakyat tempatan. Mungkin semua pihak berasa pelik kenapa belon ini dinaikkan di kawasan Nik Amar. Nik Amar berkemungkinan akan mengantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan jika Nik Aziz bersara atau berlaku kematian. Untuk menolak Nik Amar sebagai MB Kelantan belon ini dinaikkan sebagai tanda protes. Sebelum ini kepimpinan PAS Kelantan mendapat sanjungan tinggi di negeri lain tetapi kini jelas PAS sendiri ditolak oleh rakyat Kelantan sendiri.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil sebelum ia dipotong. Kalau di perhatikan dengan sebaiknya memang PAS takut terhadap kata-kata yang terdapat di banner tersebut.




Belon mula-mula dikesan dinaikkan pada 15 Nov. 2012 berserta banner yang tertulis “Melayu Bersatu, Islam Selamat”.


Banner yang dinaikkan pada hari terakhir iaitu pada 17 Nov. 2012 yang menjadi ketakutan kepada PAS iaitu tertera “ Politik Melebihi Islam? Selamatkan Akidah”. 



Bagi penulis tulisan yang ada di banner-banner ini tidaklah sesuautu yang teruk atau jahat. Rakyat menyeru supaya kepimpinan PAS menyatupadukan umat Melayu demi kepentingan Islam dan menyeru supaya jangan berpecah belah serta mengingatkan PAS supaya tidak melampaui batas dalam berpolitik sehingga mengabaikan akidah serta agama rakyat. Tidak ada salahnya pada belon dan banner tersebut. Ia tidak perlu ditakuti oleh PAS jika PAS berjuang di jalan yang benar dan mengikuti syariah Islam.

Tidak seperti PAS yang berdoa dan menyeru supaya orang UMNO/BN dimusnahkan oleh ALLAH. Ia berbeza dengan seruan orang kampung yang menyuruh PAS dan orang Melayu/Islam bersatu padu. Nampaknya pemikiran orang kampung lebih bijak daripada pemimpin PAS yang jumud.

Dengan belon pun PAS takut macam mana nak berdepan dengan UMNO/BN di PRU 13. ALLAH kurniakan akal dan fikiran untuk menilai mana yang baik dan buruk... fikir-fikirkanlah.

Thursday, 15 November 2012





Perkara ini berlaku di dalam satu wacana Mengembalikan PAS ke landasan Asal yang berlangsung baru baru ini di Kuala Lumpur.

Pemimpin PAS Flip Flop mengenai dasar negara islam menyebabkan ahli PAS ini naik angin.. PAS telah lari dari landasan sebenar,baru sedar ke pak cik oiii.. ramai lagi ahli ahli PAS yang masih tak sedar apa yang pemimpin mereka lakukan. Aku harap ramai lagi ahli PAS yang akan sedar selepas menonton video ini. Gamabar diatas tu hanya hiasan. Adios !!


\
Wednesday, 14 November 2012



"Nak menang perlu tumpang"

Dimana kekuatan PAS? Jelas menunjukkan kekuatan PAS hanya bergantung pada Parti lain. PERJUANGAN PAS HANYA PERJUANGAN DEMI KUASA DAN SANGGUP MENJUAL AGAMA DAN BANGSA.. PAS FOR ALL. Keh Keh Keh


Tatkala cuaca yang tak berapa nak bagus melanda negeri2 sebelah semenanjung, beberapa kawasan tanah rendah pun naik la air. Melaka pun naik nampaknya terutama di kawasan Jasin.



Steadylah Tok Ali

Namun dalam kebanjiran ini, terserlah sebenarnya sesuatu yang jarang orang luar Melaka dapat tengok. Kalau orang Melaka rasenya biasa dah tengok benda2 macam ni. Meh tengok apa yang di kepilkan kat bawah ni.

Kalau PR memerintah ada ke datang melawat ke kawasan banjir??? Setahu aku usaha PR taklah macam kerajaan Barisan Nasional buat.

Kat Air Keroh haritu masa kena ribut pun korang datang lepas sehari. Itu pun lepas Kerajaan Negeri dan Tok Ali dah uruskan pembaikkan rumah mangsa. Datang2 terus bukak khemah ala2 konon nak amik berat. Puii - Aloqlaloq
Tuesday, 13 November 2012







Terduduk terdiam penceramah PAS kena balun dengan seribu sebab yang membuat mereka tidak mampu mengjawap! Yang paling menarik segala kepincangan PAS Kedah! habis dirungkai satu persatu hingga menyirap darah penceramah PAS. Hah sekali Penceramah PAS kena balun kaw-kaw dengan ahli PAS Yan baru mereka tahu langit tinggi atau rendah! Itulah suka sangat jaja fitnah sana-sini sampai kepincangan parti sendiripun tidak penah dipandang.


Satu saja sebab kenapa Penceramah PAS kena balun kaw-kaw dengan ahli PAS Yan ! sebab mereka ini terlupa yang rakyat semakin bijak, dulu bolehlah rakyat tidak tahu bagaimana cara PAS memerintah ini hendak dijajakan lagi dengan kekuatan 66 kerusi yang diperuntukan Pakatan untuk PAS.


Memang hamPAS dan patutlah dan memang patutpun rakyat bangkit dan jadikan seperti Video Penceramah PAS kena balun kaw-kaw dengan ahli PAS Yan - Pecah Palak Mikir


Gambar diatas sekali tu adalah gambar hiasan, korang tengok buktinya didalam video di bawah.



Katakan benar walaupun amat pahit.. Tahniah..

Monday, 12 November 2012



Kebetulan ke Penang saya dan sahabat sahabat Misi Selamatkan Negara singgah ke rumah makcik Mariam yang mana rumahnya telah dirobohkan oleh kerajaan DAP semalam petang. Kisahnya telah keluar di paper hari ini.

Inilah nasib makcik Mariam dari Sungai Gelugor Pulau Pinang yang Terima bantuan jabatan kebajikan masyarakat sebanyak rm300 setiap bulan. Rumahnya telah dirobohkan tanpa sebarang notis. Apa nasib melayu Pulau Pinang?? Kerajaan DAP zalim!!


Balik dari pasar membeli ikan sampai dirumah, rumah dah roboh, tak kesian ke dengan makcik Yam ni? kenapa zalim sangat kerajaan negeri Pulau Pinang ni? Cuba korang bayangkan perkara ini berlaku kepada ahli keluarga anda? Ibu Bapa anda? Renung renungkan




Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa menyifatkan pentadbiran regim DAP di Pulau Pinang sebagai kejam dan tidak berhati perut apabila tergamak meruntuhkan rumah seorang warga emas di Kampung Lengkok Sungai Gelugor.

Menurut beliau, tindakan regim DAP itu adalah satu perbuatan yang begitu melampau dan tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah kerajaan yang konon-kononnya ingin prihatin dan ingin membela rakyat di negeri ini.

“Saya cabar Lim Guan Eng, adakah dia sudah bersedia mahu meruntuhkan semua rumah yang mempunyai masalah undang-undang seperti itu? Saya yakin ada banyak lagi kes-kes seperti itu dan apakah Lim Guan Eng sudah bersedia untuk mengambil tindakan yang serupa terhadap rumah-rumah lain di dalam negeri ini?

“Biarpun pemilik rumah itu ada kesalahannya, tetapi masih ada jalan lain selain meruntuhkan rumahnya dengan cara yang begitu. Bagi saya, ini adalah satu tindakan yang amat kejam dan tidak berperi kemanusiaan yang dilakukan oleh regim DAP, selain daripada tindak-tanduk mereka yang selama ini bagaikan telunjuk menjolok mata.

“Ternyata hari ini, Lim Guan Eng memperlihatkan belang beliau di mana segala janji-janji DAP ternyata amat bercanggah dengan perbuatan mereka hari ini,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, sepanjang pentadbiran BN di Pulau Pinang sebelum ini, mereka juga berhadapan dengan kes-kes pelanggaran undang-undang seperti itu.

“Tapi dulu kita tidak bertindak membabi buta seperti itu. Masih ada banyak lagi jalan lain untuk menyelesaikan masalah tersebut, dan bukannya dengan mengambil tindakan seperti itu. ? Apakah kerana pemilik rumah itu seorang warga emas yang tidak berdaya dan tidak mampu berbuat apa-apa, maka Guan Eng secara sombong dan angkuh merestui tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merobohkannya,” soalnya tegas.

Tambahnya lagi, apa yang dilakukan oleh regim DAP ini seolah-olah merupakan satu tindakan politik perkauman sempit yang kejam dan sengaja mahu menimbulkan kemarahan orang Melayu di Pulau Pinang .

“Kalau pemilik-pemilik rumah yang ada kaitannya dengan regim mereka, pasti akan terlepas. Mereka, wakil-wakil DAP akan menutup mata sekiranya yang melakukan kesalahan itu adalah orang-orang ataupun kenalan mereka. Tetapi bagi orang miskin dan tidak kenal sesiapa yang berjawatan di dalam pentadbiran negeri, mereka akan diperlakukan dengan hina seperti mana yang berlaku terhadap warga emas pemilik rumah itu,” ujarnya lagi.

Bagi beliau, rakyat di negeri ini seharusnya membuka mata dan melihat bagaimana regim DAP memerintah apabila mereka diberi kuasa.

Katanya, ternyata sepanjang tempoh pentadbiran regim DAP di Pulau Pinang, rasuah, kroni, menindas orang miskin dan putar belit janji menjadi kejayaan terbesar regim tersebut dalam pemerintahan mereka. -MediaUMNO
Wednesday, 7 November 2012


Portal maklumat banjir ini dicipta oleh Majlis Keselamatan Negara sebagai portal pemberitahuan maklumat mengenai banjir. Harap kita semua dapat berjaga jaga dalam musim banjir yang sedang melanda sekarang ini. Klik disini untuk terus ke Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara http://portalbanjir.mkn.gov.my/





Gambar di atas adalah hasil daripada print skrin dari sebuah Portal yang merupakan lidah rasmi pakatan rakyat dalam menyebarkan dakyah songsang mereka yang mana telah mengeluarkan artikel berkenaan Sultan Selangor Kesal Pada Kenyataan Nurul Izzah yang telah menimbulkan kemarahan semua umat islam terhadap statement yang di sampainya.

Didalam Portal Malaysiakini menyatakan baginda menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana mana pihak bahawa orang melayu yang beragama islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar daripada agama Islam (Murtad)

Tengok video ni.. mesti korang rasa macam nak lempang je muka minah ni..





Panas beb, aku rasa Nurul Izzah mesti panas dengan artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini ni yang seolah olah menghentam beliau sedangkan papanya merupakan tulang belakang kepada portal itu. 

Kita sama sama tunggu apa jawapan dia berkenaan artikel daripada Malaysiakini ini. Apa tindakkan dia, aku rasa kalau Utusan yang keluarkan artikel berkenaan Sultan yang kesal terhadap kenyataan dia ni sudah tentu dia dan penyokong penyokong Pakatan akan katakan Sultan telah dibeli UMNO dan BN.. Kan???

Nurul Izzah A/P Anwar.. Keh keh keh


Tuesday, 6 November 2012




DR BADRULAMIN DITAHAN KERANA CUBA HIDUPKAN AL-ARQAM !!


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan bahawa ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrulamin Baharon didakwa di bawah Seksyen 12 (C) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995, yang boleh disabitkan denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali kerana disahkan ada hubungan dengan Al-Arqam, sebuah pertubuhan yang diharamkan pada 1994, dengan menghadiri Majlis Ulang Tahun ke-12 sempena ulang tahun kelahiran ke-75 bekas pengasasnya, Ashaari Muhammad.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin seperti dilaporkan Sinar Harian berkata, Badrulamin ditahan bersama 16 orang yang lain, pada Khamis lalu, kerana beliau disyaki menyokong dan membantu kumpulan ajaran sesat al-Arqam dengan memunculkan diri pada majlis tersebut.

Tambahnya, “kita telah mengambil keterangan daripada 16 orang yang disyaki membantu dan menyokong kumpulan itu termasuk Badrulamin yang kita telah ambil keterangan percakapan mereka yang direkod pada masa dan hari yang sama.

“Setelah itu, mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Kuang untuk sebutan kes kali pertama dan dibon dengan Mahkamah Syariah, dan mahkamah memutuskan semua orang disyaki dibebaskan dengan bon jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan lanjut di mahkamah, 20 Disember nanti.

“Kita tahan mereka kerana disyaki menyokong dan membantu kumpulan al-Arqam (yang telah diharamkan) dengan menghadiri program ulang tahun Keputeraan Abuya ke-75 yang dikaburi dengan sambutan majlis sebuah syarikat Al-Ikhwan,” katanya kepada sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Marzuki berkata, melalui risalah yang diedarkan yang bertajuk “Abuya terus memimpin walaupun ghaib” telah menunjukkan kesalahan dari segi syariah.




Katanya, tinjaun yang dilakukan pada 30 dan 31 Oktober lalu telah mendapati wujudnya perkara-perkara yang dilarang dalam fatwa sebagaimana terkandung dalam Fatwa Negeri Selangor yang dibuat pada 9 Ogos 1995.

Antara aktiviti-aktiviti sosial yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan pegangan al-Arqam, wujudnya perbuatan mengadakan persembahan dan kebudayaan yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan pegangannya, cara ulang tahun Keputeraan Abuya Ke-75 dengan slogan “Abuya terus memimpin walaupun ghaib”, ada perbuatan mengedar buku, majalah, risalah yang memaparkan wajah-wajah Abuya dan ajarannya serta tanda-tanda lain yang dikaitkan al-Arqam.

Selain itu, dilihat ramai individu atau kumpulan-kumpulan yang memberi bantuan dan bekerjasama dengan kehadiran yang dipohon.

“Hasil daripada intipan dan risikan kita telah dapat tangkap seramai 16 orang dan kita biar mahkamah membuat keputusan terhadap mereka.

“Masyarakat patut dan boleh berfikir dengan risalah dan penerbitan yang dikeluarkan berkaitan ajaran itu serta tindakan susulan akan diambil terhadap syarikat yang menerbitkannya,” katanya lagi.



AIDC





Hanya Izrail yang mampu membuatkan melucutkan jawatan Nik Aziz..

Sebagaimana yang dijangka, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan bahawa dia tidak akan melayan mana-mana desakan dari pihak di luar PAS yang mahu dia meletak jawatan sebagai ketua kerajaan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Menyatakan pendiriannya baru-baru ini kepada media, Nik Aziz menjelaskan bahawa dia hanya akan tunduk sekiranya permintaan tersebut dilakukan oleh pihak dalam partinya sendiri dan bukannya dari pihak yang disifatkan sebagai “buangan UMNO” – Datuk Ibrahim Ali.

Katanya lagi, untuk berlawan dengan UMNO, seseorang itu tidak memerlukan tubuh yang sihat untuk berbuat demikian dan memadailah dengan memiliki kekuatan minda.

Nik Aziz mendakwa, sebagai Menteri Besar, dia mempunyai barisan “menteri-menteri kecil” yang membantunya menguruskan pentadbiran negeri Kelantan dan itulah yang menyebabkan dia berkeras menyatakan kemampuannya mempertahankan kerusi empuk itu.

Persoalannya, apakah dia sedar tentang keadaan dirinya itu atau tidak?

Tahukah dia bahawa dia kini langsung tidak memiliki kekuatan minda sebagaimana yang dia katakan itu?

Dan apakah Nik Aziz fikir bahawa untuk menjadi pemimpin tertinggi sesebuah negeri itu hanya memadai dengan kekuatan minda tanpa memerlukan kekuatan fizikal atau tahap kesihatan yang baik?

Saya ingin bertanya kepada Mursyidul Am itu, apakah dia fikir dirinya itu cukup syarat untuk menjadi seorang pemimpin yang sempurna dan mampu mengendalikan segala urusan serta tugas seorang Menteri Besar?

Sebagaimana maklum, sejak penggal lalu lagi kita mendengar media melaporkan keadaan fizikal dan tahap kesihatan Nik Aziz yang kian merosot di mana dia beberapa kali dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan.

Malah pada satu-satu masa, dia dilaporkan kritikal dan tidak stabil keadaannya serta terpaksa dimasukkan ke wad untuk pemantauan lanjut.

Saya ingin bertanya, apakah Nik Aziz mampu berfikir secara waras ketika dia sakit dan membuat keputusan bagi pihak Kerajaan Negeri ketika kepalanya sedang pening berdenyut-denyut? Apakah keadaan itu tidak menjejaskan keputusannya?

Selain itu, melihat dan dan mendengar beberapa “fatwa”nya, rasanya ramai umat Islam boleh meneka bahawa berkemungkinan besar Menteri Besar Kelantan itu sudah “nyanyuk”, “tidak waras” dan langsung tidak wajar.

Misalnya, dalam hal menjatuhkan UMNO, Nik Aziz sanggup mengeluarkan fatwa “menghalalkan berkawan dengan syaitan”, sedangkan begitu jelas firman Allah SWT bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata!

Apakah Nik Aziz memiliki kekuatan minda ketika menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan ajaran Rasulullah SAW itu? Atau minda Nik Aziz ketika itu begitu lemah dan telah dikuasai oleh bisikan syaitan yang merasuknya?

Seperkara lagi, cuba nyatakan apakah tindakan dan pelan pentadbiran terbaik yang dikeluarkan oleh Nik Aziz di dalam penggal ini sejak 4 tahun selepas PRU ke-12 yang lalu. Rasanya, boleh dikatakan semua hal pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dilakukan oleh Exco-Exconya yang diketuai oleh Husam Musa.

Apakah dia fikir Husam dapat gaji Menteri Besar? Husam dapat gaji Exco sahaja dan apakah Nik Aziz fikir adil bagi orang kanannya itu mendapat habuan yang kecil sedangkan dia layak mendapat gaji yang diperoleh Nik Aziz.

Apakah Nik Aziz fikir wang gaji yang diterimanya sebagai Menteri Besar itu berkat sekiranya dia makan gaji buta setiap bulan dan tugasnya dilakukan oleh orang lain? Nik Aziz tak punya maruah, kah?

Lagipun, ketidakadilan itu juga mampu mendorong Husam untuk bertindak tidak amanah. Dia mungkin akan “mencuri sedikit hak gajinya” menjalankan tugas sebagai Menteri Besar secara tidak sah melalui penyelewengan dan sebagainya. Apakah Nik Aziz fikir tentang masalah tersebut?

Apatah lagi jika difikirkan tentan permintaan ADUN Gaal, Dr Nik Mazian yang memintanya meletakkan jawatan dan menamakan salah seorang dari mereka sebagai pengganti untuk jawatan berkenaan.

Malah lebih sinis lagi, dia begitu lembut berkias, risau sekiranya Nik Aziz mati sebelum menamakan pewaris “takhta”nya nanti! Nik Mazian ialah ADUN mewakili PAS. Pemimpin PAS sudah berikan “signal”, Nik Aziz tak faham-faham lagi, kah?

Justeru itu, saya mengharap agar Nik Aziz menggunakan mindanya yang “kuat” itu untuk memikirkan kepentingan dan masa depan rakyat Kelantan dan tidak meletakkan mereka di dalam pentadbiran seorang pemimpin yang lemah sepertinya.

Itupun kalau minda Nik Aziz kuatlah. Kalau mindanya lemah, teruslah bertanding pada PRU ke-13 nanti dan jangan terkejut pula jika Izrail datang memanggil sebelum sempat angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan sekali lagi…!

SUMBER MYKMU



Monday, 5 November 2012



Wow !! Astro ni nak declare dia sokong pakatan haram ke apa.. tak tau ke azhar ni kuat hina kerajaan BN ?Astro dah kena bayar ke dengan Pakatan Rakyat ??






Aku sebenarnya meluat dengan Ust upahan Pakatan Pembangkang ni, semenjak dia muncul memang aku dah dapat agak dia ni talibarut kepada pembangkang untuk menarik minat golongan muda agar bersama mereka.

Mula mula dia kuasai media baru, bawak ke ceramah luar dan seterusnya sekarang ni di angkat pula masuk ke dalam tv untuk menyampaikan dakyah songsang dia.. wahh.. Ini sudah lebih, Apa pihak Astro no dah buta ker? atau tak kenal siapa mamat ni.. Huh !!

Lagi pendedahan di AAKJ











Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Ogos 2009, tiga tahun dulu secara terbuka telah memberi lampu hijau kepada para pemimpin DAP untuk menghina Islam dengan alasan mereka yang berbuat demikian itu tidak beragama Islam.


Menurut Nik Aziz, "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," demikian katanya ketika mempertahankan tingkah laku dan tutur kata lancang pemimpin DAP yang semakin kerap mempersendakan dan menghina Islam.


Pandangan Nik Aziz itu sebetulnya memang agak semberono mungkin kerana terlampau taksub pada kepartian dan terlebih-lebih mempolitikkan agama untuk kepentingan puak sendiri.



Mungkin juga kerana teruja dengan kenyataan Menteri besar Kelantan itulah maka kira-kira sebulan lalu pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham dengan sengaja mengeluarkan kenyataan menghina termasuklah mempersenda kesungguhan umat Islam memprotes filem Innocence of Muslims.


Manakala para pemimpin bukan Islam dari DAP dan PKR pula semakin berani bersyarah di ruang solat utama orang Islam. Ahli kariah pula yang termanggu-manggu mendongak kepala kepada si kafir sambil mendengar si politikus non muslim bertazkirah.


Yang JAKIM keluarkan fatwa cuma membenarkan non muslim melawat dalam masjid dan surau sahaja, tapi dapat pada PAS, terus mereka beri izin untuk pemimpin politik non muslim memberi tazkirah lagak macam ustaz, tok imam dan tok khatib pula.


Cuma peliknya, dalam isu hudud PAS apabila sahaja Presiden MCA, Chua Soi Lek tiba-tiba sahaja mencuit sambil mengkritik hudud PAS bakal menyebabkan kesan buruk pada 1.2 juta orang, terus sahaja penyokong dan pemimpin PR naik angin satu badan.


Mereka lupa, Soi Lek bukannnya seorang yang beragama Islam dan jika mengikut pandangan semberono yang dipegang oleh Nik Aziz, maknanya Soi Lek tidakpun bersalah.


Bukankah Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 dulu telah memberi lesen besar kepada DAP dan orang bukan Islam untuk menghina Islam atas alasan mereka bukannya beragama Islam?


Jika kenyataan Soi Lek berkenaan hudud PAS dianggap menghina hukum hudud dan menghina Islam, secara mantiknya ianya boleh dianggap berlaku selepas mendapat kebenaran dari Nik Aziz.


Lampu hijau untuk DAP menghina Islam sama juga maksudnya seperti membenarkan Chua Soi Lek mengkritik hudud PAS, kerana baik pemimpin DAP mahupun MCA, kedua-duanya bukan Islam.


Kini pandangan Nik Aziz itu menjadi boomerang tepat ke dahi Nik Aziz serta pemimpin dan penyokong PAS yang sebelum ini kelam kabut berdemo sana sini membantah kenyataan Chua Soi Lek.
Sunday, 4 November 2012



Seorang pengawal keselamatan di sebuah masjid terkejut apabila menemui gambar lucah pelbagai aksi diselitkan di celah-celah Surah Yasin.

Sudah menjadi kelaziman bagi seorang pengawal keselamatan di sini membaca surah Yasin selepas menunaikan solat di Masjid Negeri. Namun, petang semalam, lelaki itu yang bertugas di masjid berkenaan terkejut apabila menemui gambar lucah pelbagai aksi diselitkan di celah-celah surah itu.




Imam Besar Masjid Negeri, Yusuff Ahmad berkata, kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 4.30 petang semalam ketika pengawal keselamatan itu mahu membaca surah Yasin selepas menunaikan solat Zuhur.

“Alangkah terkejutnya dia (pengawal keselamatan) apabila melihat surah Yasin yang diambilnya diselitkan sekeping gambar lelaki dan perempuan yang sedang melakukan aksi lucah,” katanya ketika ditemui di Masjid Negeri di sini hari ini.

”Dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada siak dan beberapa kakitangan lain termasuk saya. Apabila diperiksa, kami menemui 10 lagi naskhah Yasin yang turut mengandungi gambar lucah,” katanya ketika ditemui di Masjid Negeri di sini hari ini.

Kejadian tersebut merupakan kali kedua berlaku melibatkan masjid di negeri ini. Pada 2 Jun lalu, kejadian serupa berlaku di Masjid At Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas apabila 21 naskhah surah Yasin di masjid berkenaan turut dilekatkan gambar lucah. Menurut Yusuff, naskhah surah Yasin itu dipercayai baru sahaja diletakkan di rak berkenaan oleh pihak tertentu berdasarkan keadaannya yang masih baru dan belum terusik.

”Sejak lebih dua tahun menjadi imam di sini, kami tidak pernah membeli surah Yasin kerana selalunya setiap kali program masjid, kami akan mencetaknya sendiri yang kemudian akan diletakkan di dalam masjid.

”Saya berpendapat, besar kemungkinan perkara ini dilakukan oleh mereka yang beragama Islam sendiri yang berniat jahat kerana pihak keselamatan tidak akan membenarkan bukan Islam memasuki masjid sesuka hati,” katanya.

Beliau telah mengarahkan seorang imam lain membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Baru, Air Itam di sini petang semalam. Sambil meluahkan rasa syukurnya kerana perkara itu disedari lebih awal, Yusuff berkata, pasti keadaan akan menjadi kelam-kabut dan kecoh jika ia hanya ditemui malam tadi ketika ramai jemaah datang sempena malam Jumaat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat pihak masjid. Kes itu menurutnya, disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membinasakan, merosakkan atau mencemarkan mana-mana rumah ibadat yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.









Warisan. Kami Hormati
Hari Ini. Kami Harungi
Esok. Kita Nikmati


Terima Kasih PM Dato Seri Najib Razak !! Kami hargai jasa anda !!

My Rapid Transit (MRT) juga dikenali sebagai Aliran Transit Massa yang dijangka pembinaanya di Malaysia akan bermula pada tahun 2012 dan siap sepenuhnya menjelang tahun 2020. YAB Dato’Sri Mohd.Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri telah mengumumkan projek MRT bertujuan untuk membangunkan kemudahan infrastruktur sistem pengangkutan di negara ini supaya kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dapat dikurangkan dan memastikan kemudahan rakyat serta keselesaan pengguna untuk berhubung dari satu tempat ke satu tempat.

Kos pembinaan projek ini menelan belanja hampir RM 36.6 billion dan merupakan antara projek mega yang paling tinggi pernah dilaksanakan di Malaysia. Pembinaan Sistem Pengangkutan Pantas di Kuala Lumpur ini meliputi perjalanan sepanjang 150 kilometer dengan rangkaian rel pertama dari Sungai Buloh ke Kajang, meliputi kira-kira 60 kilometer dengan 35 stesen yang akan melalui pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak telah menggunakan istilah ‘Greater KL’ sewaktu mengumumkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada 21 September 2010 yang akan memacu Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. Cadangan pembinaan projek MRT yang dijangka siap pada 2020 sebahagian besarnya adalah bertujuan menangani masalah pengangkutan awam yang membebankan kehidupan pengguna yang mendiami kawasan ‘Greater Kuala Lumpur’. Greater KL ini meliputi kawasan seluas 279,327 hektar iaitu bermula dari Kuala Lumpur, Putrajaya, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Kajang, Klang, Sepang dan Selayang.

Pembinaan MRT ini juga adalah satu rancangan jangka masa panjang untuk menampung pertambahan jumlah pengguna yang bakal menggunakan pengangkutan awam yang mana jumlah penduduk Kuala Lumpur dianggarkan sekitar 6 juta dan dijangka meningkat kepada 10 juta pada 2020. Projek MRT yang berkelajuan tinggi secara besar-besaran ini telah dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015). Projek ini selaras dengan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk ‘Greater KL’ bagi meningkatkan rangkaian pengangkutan awam bandar raya ini. Usaha memperbaiki sistem pengangkutan awam merupakan salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA), yang diberi keutamaan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP). Apabila siap sepenuhnya, MRT dijangka dapat menawar khidmat sehingga dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding hanya 480,000 penumpang yang menggunakan LRT buat masa ini. Selain dapat mengurangkan kesesakan bandaraya Kuala Lumpur pada masa akan datang. Selain itu, apabila siap projek MRT ini, pendapatan negara juga dijangka meningkat sehingga RM 12 billion setahun menjelang tahun 2020.


Projek yang di rancang ini akan mempunyai tiga rangkaian secara keseluruhannya dan merupakan merupakan projek serampang dua mata. Pertamanya adalah untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan perkhidmatan awam, mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur serta meningkatkan dan memajukan hartanah sepanjang laluan MRT. Dengan ini kemajuan sistem pengangkutan awam negara akan dapat berjalan dengan lancar dan meliputi pembangunan kawasan sekitarnya. Selain itu, MRT Malaysia juga akan melalui bandar-bandar yang mempunyai penduduk yang padat seperti Kota Damansara, Taman Tun Dr Ismail, Balakong dan Cheras. Model pembinaan MRT ini mengikut contoh model sistem MRT daripada Hong Kong yang di iktiraf sebagai yang terbaik di dunia.


Antara kebaikan projek MRT ini adalah dapat untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil. Proses pembakaran bahan api akan melepaskan bahan pencemar seperti karbon monoksida, oksida nitrogen, oksida sulfur serta bahan pencemar yang lain. Maka, dengan penggunaan MRT, akan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar memandangkan sektor pengangkutan di Malaysia menggunakan bahan api fosil yang tinggi. Perangkaan Imbangan Tenaga Kebangsaan 2008 (National Energy Balance) menunjukkan penggunaan bahan api fosil dalam sektor pengangkutan meningkat sebanyak 35.8 peratus antara tahun 2000 dan 2008. Perbandinganya kita dapat melihat peratus penggunaan yang lebih cekap daripada jumlah penggunaan sumber tenaga bagi sektor pengangkutan di Amerika Syarikat sebanyak 28.5 peratus, Singapura 18 peratus dan Jepun 24 peratus. Justeru itu, dengan siapnya projek pembinaan MRT ini dilihat akan dapat untuk mencatatkan penurunan penggunaan bahan api fosil bagi menjamin kelestarian alam.

Kebaikan lain yang bakal diperoleh apabila siap projek MRT ini adalah untuk mengurangkan pelepasan bahan pencemar daripada kenderaan serta menyelamatkan nyawa dan menjimatkan peruntukan kebajikan kesihatan. Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) menjalankan kajian di Austria, Perancis dan Switzerland. Kajian seumpama itu membuktikan usaha mengurangkan pencemaran menerusi sistem pengangkutan awam yang efektif dapat memberikan impak positif kepada negara iaitu menyelamatkan nyawa, alam sekitar dan memberikan manfaat ekonomi.


Masalah kesesakan yang tinggi akan dapat dikurangkan sekiranya pengguna pengangkutan awam menggunakan sistem pengangkutan awam dengan sepenuhnya sesuai dengan sasaran negara untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. MRT juga dapat memastikan perkhidmatan sentiasa cekap dan mengekalkan sifar kegagalan sistem mahupun gangguan ketika persinggahan tren antara satu stesen ke satu stesen. Masa menunggu juga akan dapat untuk disingkatkan kerana ketepatan waktu dan perjalanan MRT ini dijangkakan 90% tepat dan kelewatan untuk sampai ke sesebuah destinasi akan dapat dikurangkan.

Dalam mencapai taraf negara maju menjelang 2020, pelbagai inisiatif dan pembaharuan telah dilakukan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak untuk menjadikan kemajuan sistem pengangkutan awam ini dapat digunakan secara menyeluruh dan efisien serta memberikan keselesaan kepada pengguna awam secara menyeluruh. Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama menyokong dan mendoakan supaya MRT akan menjadi sebuah projek mega yang memberi kebaikan bersama serta berjalan dengan lancar dan jayanya.

Rupanya masih ada lagi rakyat terutamanya daripada kampung yang masih percaya bahawa Anwar hidup susah, 'kais pagi makan pagi'. Mungkin mereka masih belum mengenali siapa Anwar Ibrahim. Mari kita berkenalan dengan mamat ni.



Rumah berjuta-juta Anwar Ibrahim



orang kampung yang percaya Anwar hanya naik kereta Proton Saga.



Inilah kereta proton saga Anwar :p
Itulah hakikat yang ada pada persepsi penyokong kuat Anwar Ibrahim di kampung.
Anwar memang pandai berlakon. Ada masa, dia turun ke ceramah naik motorsikal untuk raih simpati.






Tapi sekarang, kebanyakan masa dia akan turun berceramah naik bas mewah. Kononnya, perjalanan menaiki bas lebih menjimatkan.





Sebenarnya, Anwar menaiki bas ketika hampir tiba ke lokasi. Sebelum tu dia masih naik kereta mewah. Pandai sungguh pak Sheikh kita berlakon.



Lebih 3 buah kereta mewah mengiringi bas Anwar. Salah satunya membawa Anwar sebelum naik ke bas. Memang jimatkan? Hehe


Jadi kalau Anwar nak berkempen tolak basikal memang tak patutlah. Cukup-cukuplah menipu penyokong anda. Kenapa Anwar tak berani berkempen dengan meletakkan gambarnya menaiki jet mewah?



*Kalau tak menipu, bukan Pak Sheik Anwar Al-Juburi namanya!


Saturday, 3 November 2012







Kantoi beb.. rupanya Himpunan ni Pakatan Import orang luar.. Takut tak ramai ker? Tahniah orang Negeri Sembilan kerana menolak Himpunan tiga suku ini.. Kah Kah Kah





ANDA DIPERHATIKAN

ANDA DIPERHATIKAN

RAMPAS SELANGOR PRU 13

RAMPAS SELANGOR PRU 13

JOM BERTINDAK

JOM BERTINDAK

Walk In

Blog Archive

Nadi Rakyat Malaysia

Nadi Rakyat Malaysia
Klik Imej

MERDEKA ONLINE

MERDEKA ONLINE
MERDEKA ONLINE

KL POS

KL POS
KL POS

TABUNG WARISAN MARA

TABUNG WARISAN MARA
TABUNG WARISAN MARA

Search

Loading...

Popular Posts

Networkedblogs

Facebook

Facebook
Add Sebagai Rakan

Twitter

JOM CHAT

About Me

My Photo
Afiq KLtown
Menentang FITNAH Pakatan Jahanam.
View my complete profile

Rakan Blogger

Blogger Widgets
By / +